Kerajaan PH jelas mudaratkan kepentingan rakyat - Muhyiddin

Kerajaan PH jelas mudaratkan kepentingan rakyat – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak ralat apabila membuat keputusan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) yang sedang membentuk kerajaan sejak Mei 2018, sebelum ini. 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, tindakan itu adalah sesuatu yang tepat dan betul pada masanya kerana PH menjalankan pemerintahan negara dengan cara yang jelas memudaratkan kepentingan rakyat terbanyak. 

“Kalau pemandu bas hendak menjunam jatuh ke gaung, sebagai penumpang apa tuan-tuan buat? Cepat fikir, jangan ikut dan mesti lompat keluar untuk tinggalkan bas itu. 

“Kami tahu negara ini jatuh, sukar untuk kita naik kembali. Alhamdulillah, semuanya takdir dan saya tidak ralat meninggalkan parti yang kita sama-sama tumbangkan Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” katanya dalam Siri Jelajah PN Parlimen Pendang di Pusat Konvensyen Pendang, malam tadi. 

Tambah Presiden Bersatu itu, DAP melakukan penentangan kepada usaha menegakkan Islam sebagai teras pembangunan negara serta tidak menyokong perkara berkaitan hak-hak orang Melayu. 

“Banyak perbuatan mereka bercanggah dengan tuntutan Islam. Kumpulan sebegini tidak seharusnya berikan peluang langsung untuk mentadbir bukan sahaja untuk 22 bulan, malah 22 jam sekali pun,” katanya. 

Justeru, beliau menyeru rakyat agar memberikan mandat besar bagi membolehkan PN membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana masih ada misi yang belum selesai selain negara belum kembali sepenuhnya seperti sebelum Covid-19. 

“Dalam PRU ini, kita nak pilih kerajaan bertanggungjawab, boleh dipercayai, berani dan tegas menyelesaikan masalah negara. Saya fikir PN memiliki kemampuan itu dan kita boleh uruskan negara selepas ini, termasuk menunaikan manifesto dilancarkan semalam (kelmarin),” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Pas juga dijangka menambah bilangan Menteri Besar apabila PN dilihat berada di landasan tepat untuk merampas Perlis daripada cengkaman BN selain Naib Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan calon Menteri Besar Pahang sekiranya gabungan tersebut menang di negeri berkenaan. 

“Gabungan Pas dan Bersatu ini cukup kukuh dan saya tengok trend mutakhir ini, Perlis pun akan ‘jatuh’ kepada kita. Pas jadi Menteri Besar di Perlis dan kami akan sokong. Sebelum ini saya ke Pahang dan bertemu Tuan Ibrahim. Saya katakan kepadanya kalau Pahang menang, ‘hang’ la jadi Menteri Besar. 

“Pas akan tambah bilangan Menteri Besar dan kami dalam Bersatu ini tak kisah. Pas memimpin dan kita akan sokong sepenuhnya kerana apa yang lebih penting, PN perlu mengurus serta mentadbir negara,” katanya. 

Sementara itu, Muhyiddin turut mengajak ahli UMNO agar memikirkan soal menyelamatkan agama, bangsa dan tanah air daripada memikirkan mengenai soal-soal lain termasuk calon BN di kawasan tersebut. 

“Datanglah bersama jemaah ini untuk selamatkan negara. Tak keluar UMNO pun tak mengapa asalkan ‘pangkah’ PN pada 19 November nanti. Saya pun pernah jadi ahli UMNO tetapi sekarang dah keluar. Mereka (ahli UMNO) mungkin berat nak keluar tetapi hati kata tak suka Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta tak mahu Datuk Seri Najib Razak,” katanya. – UTUSAN

MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan penyokong PN yang hadir ke Siri Jelajah PN Parlimen Pendang di Pusat Konvensyen Pendang, di sini. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.