Kerajaan campuran: Perkhidmatan awam tidak terjejas

Kerajaan campuran: Perkhidmatan awam tidak terjejas

ISMAIL Sabri Yaakob (depan, dua dari kiri) bersama para penjawat awam mengibarkan Jalur Gemilang dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 MAPPA XVIII di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan awam dijamin tidak terjejas meskipun kerajaan yang dibentuk selepas ini terdiri daripada gabungan parti-parti politik.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali berkata, ini kerana anggota perkhidmatan awam sentiasa bersiap sedia dan berpegang teguh kepada prinsip dan ikrarnya demi rakyat dan negara yang dicintai.

“Menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong berkenaan pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), anggota perkhidmatan awam terus komited mendukung konsep berkecuali dan government of the day berlandaskan rule of law.

“Mendepani situasi semasa, saya memberi jaminan bahawa anggota perkhidmatan awam akan terus menyempurnakan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas kepada rakyat dan pemegang taruh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Istana Negara memaklumkan, semua ketua parti dan gabungan politik yang mempunyai jumlah kerusi banyak diminta untuk memaklumkan persetujuan penggabungan sesama mereka bagi pembentukan kerajaan yang baharu pasca PRU15 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selewatnya pukul 2.00 petang, esok.

Ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik tersebut akan diminta oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan mengenai gabungan parti-parti politik yang dipersetujui masing-masing serta mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat berikutan gabungan parti-parti politik tersebut untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya