fbpx

Keluarga Malaysia sumbang 1,000 kotak makanan, keperluan dapur

SEBANYAK 1,000 kotak makanan dan keperluan dapur disumbangkan kepada para petugas hotel di Royale Chulan Hotels and Resorts.

KUALA LUMPUR:  Sebanyak 1,000 kotak makanan dan keperluan dapur disumbang Keluarga Malaysia kepada petugas-petugas hotel di Royale Chulan Hotels and Resorts, dekat sini baru-baru ini.

Sumbangan tersebut sebagai tanda terima kasih dan penghargaan dari Keluarga Malaysia kepada petugas hotel selaku barisan hadapan negara bertugas dan menyumbang bakti sejak Malaysia dilanda wabak Covid-19.

Ia disampaikan menerusi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Boustead Hotels and Resorts, Badrul Rezal Baharudin.

Menzahirkan terima kasih kepada keprihatinanan yang diberikan, Badrul berkata, sumbangan itu diharap dapat menyuntik semangat petugas-petugas hotel sebagai barisan hadapan untuk terus berkhidmat sehingga negara bebas daripada virus Covid-19.

Majlis Penyampaian Sumbangan Ikhlas Keluarga Malaysia diadakan di pekarangan Taman Mahsuri, Royale Chulan Kuala Lumpur. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN