Kaji keperluan persempadanan semula Sabah, Sarawak

Kaji keperluan persempadanan semula Sabah, Sarawak

AMISAH YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu melaksanakan persempadanan semula kawasan Parlimen di Sabah dan Sarawak bersesuaian dengan keperluan semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin berkata, sebahagian kawasan Parlimen di Sabah terlalu besar dan perlu penambahan wakil rakyat agar boleh menyuarakan keperluan mereka.

Justeru, kajian semula perlu dilakukan bagi melihat keperluan penambahan kerusi yang bersesuaian dengan keperluan semasa seiring dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Langkah sebegitu perlu kerana sebahagian kawasan Parlimen terlalu besar dan sukar untuk dilaksanakan proses pemantauan dan pembangunan.

“Maka, cara terbaik adalah untuk melaksanakan tugas dengan efisien kepada rakyat dan pengundi adalah dengan mempercepatkan proses persempadanan semula khususnya bagi Sabah dan Sarawak,” katanya dalam ucapan perbahasan Bajet Negeri 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Sebelum ini, pemimpin Sabah dan Sarawak menuntut agar agihan 35 peratus kerusi Parlimen diberikan kepada kedua-dua wilayah itu selaras dengan MA63.

Dalam pada itu, Amisah mahu agar penglibatan wanita secara aktif dalam bidang politik dan pembuat keputusan.

“Saya mencadangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, 10 hingga 20 ADUN perlu terdiri daripada wanita bagi membolehkan suara wanita lebih kedengaran.

“Malah, bagi perjawatan dalam Kabinet Negeri pula, sekurang-kurangnya satu atau dua menteri penuh perlu dalam kalangan wanita manakala, jawatan pembantu menteri wanita harus ada kira-kira enam wanita,” katanya.

Tambah beliau, cadangan sebegitu wajar dipertimbangkan secara serius kerana wanita pada masa ini sudah banyak menjadi penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial rakyat.

Selaras dengan hasrat untuk melakukan reform atau menambah baik DUN Sabah maka, 30 peratus kerusi DUN harus dipegang atau ditandingi oleh wanita pada masa akan datang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.