Jalani pembedahan Isnin ini, Zamani mohon doa peminat

Jalani pembedahan Isnin ini, Zamani mohon doa peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOHAMMAD AL FAIZAL ABDUL KARIM

KUALA LUMPUR: Penyanyi kesayangan ramai, Zamani memohon kepada peminat mendoakan agar pembedahan membetulkan tulang belakang akibat penyakit scoliosis yang bakal dilakukan pada Isnin ini berjalan lancar.

Penyanyi Gerimis Mengundang itu berkata, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjalani pembedahan yang akan dilakukan di sebuah pusat perubatan di Cheras, dekat sini.

“Saya ikut saranan doktor tentang diet dan pengambilan vitamin. Saya berharap kesihatan saya berada pada tahap yang baik ketika pembedahan nanti, insya-Allah.

“Saya perlu lakukan juga pembedahan ini. Tetapi, ia bukanlah proses tebuk seperti dimaklumkan sebelum ini kerana masalah yang saya hadapi tidak terlalu banyak.

“Mungkin selepas pembedahan, saya akan ambil masa yang lama untuk sembuh. Kata doktor, sekitar dua hingga enam minggu,” katanya usai bacaan tahlil dan doa selamat secara virtual, malam tadi.

Zamani bagaimanapun, tidak menafikan menyimpan sedikit perasaan takut memandangkan pembedahan besar tersebut adalam yang pertama dijalaninya seumur hidup.

“Bukan sebab bimbang, tetapi sebab pembedahan itu besar dan pertama saya jalani. Saya difahamkan ia akan mengambil masa dua jam setengah.

“Sebelum ini, saya pernah menjalani pembedahan kecil membuang batu karang. Untuk pembedahan kali ini, saya alan ditidurkan. Apapun, saya serahkan semuanya kepada Allah SWT,” katanya lagi.

Sementara itu, Zamani turut memaklumkan proses pemulihannya nanti bergantung kepada ketahanan tubuh.

“Saya kena buat rawatan susulan, selain fisioterapi selepas pembedahan nanti.

“Untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian makan masa. Tengok kepada kekuatan tubuh saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya