Jalaluddin cadang bentuk kerajaan perpaduan, Muhyiddin sebagai

Jalaluddin cadang bentuk kerajaan perpaduan, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

JALALUDDIN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias mencadangkan sebuah kerajaan perpaduan (unity government) dibentuk tanpa Pakatan Harapan (PH) bagi menerajui kerajaan.

Beliau yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Jelebu itu juga berkata, kerajaan yang dibentuk kelak perlu diterajui oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Jelasnya, pendirian tersebut mengambil kira tiada satu parti pun yang beroleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu, namun, kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara ini harus diteruskan dengan dipimpin oleh sebuah kerajaan stabil serta berpengalaman.

“Asas utama penolakan terhadap PH ini adalah atas kegagalan pentadbiran negara dan keruntuhan negara semasa 22 bulan diperintah mereka pada PRU14 lalu.

“Perkara ini sewajarnya menjadi ‘collective responsibility’ dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional (BN), PN, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Bebas.

“Secara terbuka, saya mengambil sikap berjiwa besar dan matang dalam kolektif politik untuk mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri atas kerangka bahawa PN memiliki jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Dewan Rakyat selepas PH,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Jelebu itu, cadangan tersebut adalah atas prinsip untuk memastikan rakyat dan negara ini terus berada dalam keadaan stabil dan makmur seperti mana BN perjuangkan.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, keputusan PRU15 yang menyaksikan BN hanya mampu menang di 30 kawasan Parlimen perlulah diterima dengan matang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya