Ismail Izzani akui kesilapan, mahu perbaiki diri

Ismail Izzani akui kesilapan, mahu perbaiki diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Ismail Izzani, 22, mengambil pendirian untuk terus bergerak ke hadapan dan memperbaiki diri tanpa perlu membuang masa menjelaskan kesilapan yang dilakukannya.

Jelasnya, dia tidak mahu membazir masa menjelaskan perkara sebenar kerana baginya, cukup keluarga dan individu terdekat mengetahui hal tersebut.

“Apapun yang berlaku, saya perlu bergerak ke hadapan dan perbaiki diri sendiri. Biar keluarga dan kawan-kawan yang mengetahui, ia sudah mencukupi.

“Saya tidak perlu jelaskan apa-apa sebab semua orang bukan kisah sama ada benar atau salah dan saya tidak mahu membazirkan masa mengenainya.

“Saya mengaku salah dan sebagai manusia biasa, saya sentiasa ingat di mana saya berdiri. Buruk atau baik saya masih menjadi diri sendiri,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Instagram.

Penyanyi lagu Luar Biasa itu dikatakan menolak bertemu pihak media selepas selesai membuat persembahan bersama Naim Daniel menerusi lagu Habis Sini pada Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, semalam.

Menerusi hantaran sama, Ismail juga menjelaskan, dia bukan melarikan diri daripada pihak media, sebaliknya tidak mahu membazirkan masa dengan isu tersebut.

“Jika anda mahu katakan saya lari daripada pihak media, teruskan. Saya hanya tidak mahu bazirkan masa untuk menjelaskan semua perkara kerana ia kesilapan saya,” katanya.

Nama penyanyi itu kembali diperkatakan susulan video berdurasi tujuh saat yang tular memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dengan wanita seksi di sebuah kelab hiburan menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya