Hujan lebat 5 hari di Pantai Timur, Utara Semenanjung 

Hujan lebat berterusan 5 hari diramal di Pantai Timur, Utara Semenanjung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan hujan lebat berterusan selama lima hari di Timur Sabah, Pantai Timur dan Utara Semenanjung bermula esok hingga 5 Disember ini. 

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena tersebut berlaku disebabkan angin timuran yang kencang dari barat Lautan Pasifik. 

“Pada masa sama, satu sistem cuaca bertekanan rendah dijangka terbentuk di Laut China Selatan pada 2 Disember ini. Sistem ini diramal bergerak ke arah barat merentasi sempadan Malaysia-Thailand menuju ke Laut Andaman pada 3 hingga 4 Disember ini dan kewujudannya boleh meningkatkan intensiti hujan. 

“Ombak besar dan angin kencang turut dijangka melanda pesisir pantai serta perairan Kelantan dan Terengganu. Keadaan ini adalah berbahaya kepada sebarang aktiviti pantai dan laut. 

“Justeru, METMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung dalam tempoh 1 sehingga 4 Disember 2022,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau menasihatkan orang awam di kawasan terlibat supaya lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. 

“METMalaysia sentiasa memantau dan memaklumkan perkembangan sistem ini dari semasa ke semasa melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi. 

“Talian hotline MET Malaysia 1-300- 22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya