Henti politikkan projek tambak laut selatan Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Henti politikkan projek tambak laut selatan Pulau Pinang

PERSATUAN Kebajikan Nelayan Bayan Lepas Pulau Pinang menggesa NGO dan ahli-ahli politik berhenti mempolitikkan projek tambak laut selatan negeri itu (PSI).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Persatuan Kebajikan Nelayan Bayan Lepas Pulau Pinang menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli-ahli politik berhenti mempolitikkan projek tambak laut Penang South Islands (PSI) yang disifatkan mereka bakal membawa pembangunan kepada nelayan setempat di kawasan Selatan Pulau Pinang.

Setiausahanya, Fajinah Jaafar berkata, semua pihak terutama calon-calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sepatutnya membuat kajian terperinci dan mendengar rintihan nelayan yang benar-benar turun ke laut untuk mencari pendapatan.

”Jangan percayakan tuntutan pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadi tanpa memahami isu-isu sebenar di sini.

”Lebih-lebih lagi mereka yang bukan nelayan sepenuh masa yang mana mereka hanya melabuhkan sampan di kuala sungai sejak beberapa tahun ini, malah ada di antara mereka yang tidak mempunyai sampan sama sekali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pojek PSI atau dahulunya dikenali sebagai projek tambakan laut selatan (PSR) merupakan projek seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas.

Bagaimanapun, Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PenMutiara) mendakwa kira-kira 6,000 ahli persatuan itu membantah projek PSI kerana menjejaskan ekosistem lautan di kawasan tersebut.

Menurut Fajinah, adalah tidak adil untuk menganggap kenyataan pihak yang tidak menyokong projek PSI sebagai representasi seluruh masyarakat nelayan.

”Hakikatnya, individu-individu yang terlibat ini bukan terdiri daripada mereka yang bergantung kepada pekerjaan nelayan sebagai mata pencarian utama.

”Malah, golongan nelayan yang akan mendapat manfaat daripada skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) pula menjadi kambing hitam semata-mata kerana kami menginginkan sesuatu yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup kami,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah beberapa kali menjelaskan langkah-langkah mitigasi yang sedang dan bakal dijalankan untuk mengurangkan impak penambakan laut.

”Pada bulan Oktober 2021 kami telah berjaya memperoleh tandatangan daripada 1,521 penduduk kawasan Selatan Pulau Pinang termasuk 435 orang nelayan yang menyatakan sokongan mereka untuk merealisasikan projek ini.

”Kami menghormati pandangan mereka yang membantah projek PSI, namun kami berharap pihak yang membangkang turut menghormati dan memberi ruang kepada kami yang menyokong projek tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya