Gencatan politik di Persekutuan harus dibawa ke Sabah - Utusan Malaysia

Gencatan politik di Persekutuan harus dibawa ke Sabah

MASIUNG Banah beramah mesra dengan ADUN pembangkang di DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gencatan politik yang menyaksikan penubuhan Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dibawa ke Sabah bagi menghentikan persengketaan akibat fahaman politik yang berbeza.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, Yang di-Pertuan Agong telah membuatkan parti-parti politik melakukan gencatan politik sehingga membawa kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Kita sudah melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi gencatan politik ini dengan menerajui Kerajaan Perpaduan. Kenapa kita sokong? Sebab sudah sampai masanya pemimpin politik harus berjiwa besar demi negara.

“Kita terlalu penat bertelingkah antara satu sama lain, terlalu fikirkan soal parti masing-masing jadi, kita minta pemimpinn-pemimpin besar agar menggunakan gencatan politik ini untuk bersatu.

“Lupakan kepentingan dan perjuangan parti masing-masing kerana rakyat sudah penat dan negara perlu pulih dari segi ekonomi yang begitu terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya semasa sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Beliau berkata, gencatan politik yang dilakukan di peringkat Persekutuan harus dibawa ke Sabah.

Menurut beliau, pemimpin Sabah harus bergerak ke arah itu agar boleh berada selari dengan persekutuan.

Katanya, ini adalah perjuangan terbaik untuk pemimpin negeri Sabah supaya berkordinasi dengan kerajaan Persekutuan.

Jika ada persengketaan kerana perbezaan fahaman politik atau tuntutan tertentu termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) maka, ini masa yang sesuai melakukan gencatan politik.

Menerusi Kerajaan Perpaduan, pemimpin negeri dan Persekutuan boleh berbincang dan bermuafakat demi kepentingan negara dan juga negeri Sabah.

Jelas beliau, hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan membolehkan Sabah lebih membangun. Malah, selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, nilai ringgit dan saham negara telah meningkat dan itu petanda yang baik kepada negara.

Di peringkat negeri pula, kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor berjaya menarik kemasukan pelabur asing menerusi dasar pelaburan terbuka.

“Jadi jangan biarpun pembangunan negara terbantut disebabkan perselisihan atau perjuangan parti dan ideologi politik yang berbeza hingga menyukarkan kita bersatu membangunkan negara ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya