Disney nafi bina taman tema di Jasin, KM perlu bertindak

Disney nafi bina taman tema di Jasin, KM perlu bertindak

MUHAMMAD JAILANI Khamis (tengah) bergambar bersama agensi yang terlibat pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi cadangan Sistem MAGLEV dan Pembangunan Taman Tema Disneyland serta Disneyland City di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hasrat rakyat negara ini untuk melihat sebuah taman tema Disneyland dibina di Malaysia musnah, selepas syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu dilaporkan menafikan penglibatan mereka dalam projek yang dikatakan bakal dibina di Jasin dekat sini.

Naib Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali perlu bertindak memecat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Beliau mendakwa, kenyataan Muhammad Jailani itu telah menjejaskan nama baik Melaka, selain menjadi bahan jenaka di seluruh dunia.

“Muhammad Jailani perlu dipecat berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Disney secara rasmi. Mereka tidak membina satu taman tema di Melaka.

“Hal ini menyebabkan Melaka menjadi bahan ketawa kepada seluruh dunia dan ini amat memalukan. Ketua Menteri sepatutnya memecatnya serta merta demi menjaga imej kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, portal kerajaan negeri melaporkan, Melaka akan membangunkan sebuah taman tema Disneyland dan Disney City berkeluasan kira-kira 80.9 hektar, iaitu yang terbesar di Asia Tenggara.

Projek tersebut akan dibangunkan di Jasin pada 2027 dengan kos pembinaan dianggarkan berjumlah kira-kira RM2 bilion.

Bagaimanapun, Disney dilaporkan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina taman tema tersebut.

Dalam pada itu, mengenai penafian dibuat Disney, Pengerusi Kanan Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memaklumkan, beliau belum menerima sebarang laporan dan enggan mengulas lanjut.

“Mengenai perkara itu saya tidak terima laporan lagi. Nanti saya terima (laporan), saya ulas,” katanya ringkas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya