Chemerkaw Village Camp Resort bermula dari bawah

Chemerkaw Village Camp Resort bermula dari bawah

Munirah Mustapa menunjukkan salah sebuah bilik Chemerkaw Village Camp Resort.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: “Kampung Peruas Ulu Dong Raub amat sinonim dengan aktiviti pelancongan sehingga dinobatkan sebagai Kampung Pelancongan Desa Lestari abad ke 21 pada tahun 2015. Melihatkan perkembangan tersebut, saya bersama arwah ayah saya giat membangunkan pusat penginapan yang telah bermula pada tahun 2005.”

Demikian kata Munirah Mustapa, 35, mengimbau usaha membangunkan Chemerkaw Village Camp Resort.

Munirah berkata, bermula dengan modal RM3,000 hasil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), telah dijadikan dana untuk penambahbaikan fasiliti pada tahun 2010.

Menurutnya, chalet yang terletak di tepi sungai Chemerkau, Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub itu dibaiki dan ditingkatkan kemudahannya bagi keselesaan pengunjung setelah beliau mengambil alih sepenuhnya perniagaan pada tahun 2015.

Beliau berkata, sambutan yang menggalakkan terhadap chalet tersebut menyebabkan beliau berhasrat menambah bilangan bilik dari semasa ke semasa.

“Rumah tumpangan semakin berkembang dan kini saya mempunyai 19 bilik pelbagai jenis seperti bilik superior, deluxe, serta dorm, cabin yang boleh menampung 100 orang dan tapak perkhemahan yang boleh mengisi 100 orang.

“Saya turut mempunyai sembilan pekerja yang terdiri dari penduduk kampung tersebut,” kata lulusan Pengajian Perniagaan dari Politeknik Kota Bahru.

Berkat usaha gigih Munirah di tanah seluas satu hektar itu, telah dinaikkan taraf menjadi resort yang bukan sahaja menjadi pusat penginapan tetapi turut menyediakan pelbagai jenis makanan kampung dan barat.

Malah Chemerkaw Village Camp Resort yang terletak di pinggir Sungai Chemerkau yang jernih airnya serta kolam ikan untuk memancing kini menjadi tempat popular untuk mengadakan majlis makan malam, kursus, majlis perpisahan, kem motivasi serta majlis perkahwinan.

Katanya, melalui skim pinjaman AIM yang sudah meningkat RM 30,000 memberi harapan baharu untuk beliau meningkatkan lagi kemudahan di resort, untuk menjadi sebuah resort yang terunggul di Raub.

Ibu kepada empat anak ini berkata ,bantuan AIM serta kerja keras selama ini  berbaloi apabila menerima anugerah usahawan Tokoh  Belia Wanita Pahang pada tahun 2015 dan 2018.

Untuk tempahan chalet boleh hubungi Munirah Binti Mustapa di talian 019-9949095 atau melayari Facebook Chemerkaw Village Camp Resort.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya