Cadangan elak PRN musim haji dibawa ke Majlis Presiden PH

Cadangan elak PRN semasa musim haji dibawa ke Majlis Presiden PH

AMINUDDIN Harun ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 di Seremban hari ini. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebarang pandangan dan cadangan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dan bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dibawa dan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia termasuk mengambil kira perayaan dan musim haji pada tahun hadapan.

“Jika boleh hendak lepaskan (musim haji) nanti kita tengok, macam mana dan waktu sesuai kita bincang, rasanya kita ada enam negeri yang boleh disekalikan dan yang pasti bagi negeri PH kita akan mengadakan sekali serta mengelakkan sewaktu musim menunaikan haji. 

“Kemungkinan habis penggal pada bulan Julai, berkemungkinan juga pada bulan Jun atau bulan Julai bolehlah kita buat PRN. Saya menerima cadangan tersebut sebagai perhatian. 

“Kita ada dua kemungkinan iaitu mengadakan PRN sebelum Hari Raya Aidiladha atau selepas perayaan ini iaitu selepas mereka balik menunaikan haji. Kita akan bincang bersama Majlis Presiden dan kami akan mengambil kira mengenainya,” katanya.

Aminuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa enam PRN perlu diadakan awal bagi mengelak bertembung dengan perayaan dan musim haji jika ia dilakukan selepas Mac tahun depan.

Presiden Gerakan Belia 4B Kebangsaan, Fahami Ashrof Badaruddin berkata, kerajaan negeri terlibat perlu mengelak mengadakan PRN dalam musim haji kerana ia mengguris perasaan puluhan ribu bakal jemaah haji selain tidak cakna sensitiviti umat Islam.

Tarikh perayaan Aidilfitri dijangka pada 22 April 2023 bergantung kepada pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja manakala Hari Raya Aildiladha pula pada 29 Jun 2023.

Lazimnya, kumpulan petugas Lembaga Tabung Haji dan pasukan Kementerian Kesihatan akan berlepas mulai 2 Syawal bagi membuat persiapan awal di tanah suci. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN