BN mohon tangguh sesi menghadap Agong esok, kekal berkecuali

BN mohon tangguh sesi menghadap Agong, kekal berkecuali

S. SARAVANAN ditemui media di Menara Dato Onn Kuala Lumpur selepas menghadiri mesyuarat khas BN. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memohon penangguhan sesi menghadap secara individu 30 Ahli Parlimen gabungan itu dengan Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi ini.

Permohonan penangguhan itu selepas beberapa mesyuarat BN malam ini kekal tidak memihak Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, BN meneliti pelbagai perkara termasuk kedudukan parti dalam mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, katanya, gabungan itu belum membuat keputusan memilih menyokong mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan.

“Kalau boleh kita akan menangguhkan (sesi menghadap) sebab kita sudah minta Istana Negara (kerana mahu) meneliti beberapa perkara lagi.

“Kita minta Istana Negara sama ada boleh tangguh atau tidak. Setiausaha Agung BN sudah maklumkan tadi, kalau tangguh, tangguh lah,” katanya kepada pemberita, di sini malam ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon memberitahu, dua mesyuarat malam ini sepakat memohon penangguhan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Kita mengekalkan keputusan pagi tadi untuk kita tidak memihak kepada sesiapa. Masih kekal pendirian kita seperti pagi tadi. Kita tak memberi sokongan mana-mana PH atau PN untuk membentuk kerajaan.

“Jadi kita terpulanglah kepada Presiden atau Pengerusi BN untuk memaklumkan kepada Tuanku,” katanya.

Terdahulu, BN mengadakan dua mesyuarat khas malam ini iaitu mesyuarat dan Dewan Tertinggi BN dan Ahli Parlimen BN.

Ia susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk mengadap Seri Paduka di Istana Negara, pagi ini.

Terdahulu, BN bersetuju menetapkan tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan, susulan kemelut pembentukan kerajaan ketika ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya