Bilangan bendera bukan ukuran sokongan - Zahid

Bilangan bendera bukan ukuran sokongan – Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Jumlah bendera atau sepanduk yang dipasang dalam tempoh empat hari kempen Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU-15) sehingga kini tidak boleh menggambarkan sokongan terhadap mana-mana parti di sesuatu kawasan.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bendera dan sepanduk itu kebanyakannya dipasang oleh pekerja upahan.

“Bendera itu dipasang oleh pekerja-pekerja upahan, siang mereka pakai baju BN, petang pakai baju PH (Pakatan Harapan), malam pakai baju PN (Perikatan Nasional), orang yang sama.

“Jadi, jangan jadikan bilangan bendera sebagai penanda aras sokongan (terutama di Bagan Datuk), sebab bendera itu dipasang pekerja upahan,” katanya pada sidang akhbar selepas memberi taklimat dan perbincangan bersama petugas Jalinan Rakyat (JR) serta Ketua Cawangan UMNO di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ‘perang bendera’ terutama di Bagan Datuk yang menyaksikan banyak bendera PN dan PH dipasang di banyak tempat.

Difahamkan, di beberapa kawasan di Perak juga menyaksikan bendera khususnya PN lebih banyak dipasang di tempat mudah dilihat berbanding BN.

Presiden UMNO itu menegaskan untuk Parlimen Bagan Datuk, parti itu akan  ‘membanjiri’ kawasan tersebut dengan bendera, papan tanda, sepanduk dan poster BN dalam beberapa hari lagi sebagai tanda parti itu mendapat sokongan dan dokongan penduduk tempatan.

“Ia kerana yang menyaingi saya ialah calon daripada luar Bagan Datuk dan luar Perak, orang Bagan Datuk terutama pengundi mahukan anak tempatan yang mengetahui cita rasa dan apa yang diperlukan oleh rakyat di sini terutama daripada segi pembangunan,” ujar beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya