Beli tilam dapat Proton X50

Beli tilam dapat Proton X50

DARI kiri Audrey Chow Oi Yoke; Pengarah Urusan Kumpulan Goodnite, Mr. Teo Yek Ming, Yap Bee Herng, Tan Ke Jie dan Dhanraj Ram Subramaniam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar tilam terbesar di Malaysia, Goodnite mengumumkan pemenang peraduan beli-dan-menang ‘Magic Bonanza’ dengan seorang pemenang berjaya membawa pulang sebuah Proton X50 serba baharu.

Dalam satu kenyataan, Goodnite berkata peraduan itu menawarkan hadiah bernilai RM120,000, dan sebanyak lebih 5000 penyertaan telah diterima.

Kata kenyataan tersebut, pemenang hadiah utama memenangi sebuah Proton X50 serba baharu, pemenang hadiah kedua menerima seutas jam tangan Rolex, manakala pemenang hadiah ketiga mendapat sebuah iPhone 13.

“Pengumuman pemenang telah diadakan pada 5 November 2022 di Pavilion Bukit Jalil. Bagi hadiah pertama, ia dimenangi Yap Bell Herng yang berjaya membawa pulang Proton X50,” kata kenyataan itu.

Goodnite menawarkan pelbagai seleksi tilam yang boleh dibeli secara ansuran.

“Terbukti secara saintifik untuk meningkatkan kualiti tidur anda, tilam Love Series III dilengkapi dengan fabrik DUOCARE™ yang boleh meneutralkan statik badan anda semasa tidur, serta permukaan yang menyejukkan untuk mendorong tidur yang lebih lena.

“Ia juga dibuat dengan spring poket dua lapisan eksklusif Goodnite yang mempunyai sokongan ergonomik untuk pelbagai jenis badan dan menjamin untuk mengurangkan gangguan,” kata kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Goodnite adalah pengeluar tilam terbesar di Malaysia, dengan sekumpulan syarikat terlibat dalam pembuatan, perdagangan dan pengedaran produk peralatan tempat tidur dan perabot di Malaysia sejak 1989.

“Selepas bertahun-tahun ulasan positif daripada pelanggan yang dihargai bersama dengan permintaan yang semakin meningkat dalam sektor perabot, Goodnite telah membuka kedai perabot di seluruh Malaysia yang menawarkan produk peralatan tempat tidur dan perabot termasuk sofa, set makan dan aksesori,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya