Bekalan ikan musim tengkujuh mencukupi keperluan

Bekalan ikan musim tengkujuh mencukupi

NIK Muhammad Zawawi Nik Salleh (dua dari kanan) menyampaikan replika cek bantuan kepada peserta agropreeur muda di Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Stok ikan negara dijamin mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di sepanjang peralihan Monson Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula hujung November ini.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, sebagai persediaan agensi berkaitan telah menyusun strategi bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

“Pada masa yang sama, kita turut mengimport bekalan ikan dari negara jiran bagi memastikan bahan mentah itu mencukupi.Malah bekalan asas lain seperti daging ayam,telur dan daging turut diberikan perhatian.

“Selain itu, Kerajaan turut membuat persedian dengan menyediakan bekalan ikan segar secara akuakultur dan ternakan ikan air tawar,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemeberita pada Majlis Penyerahan Insentif Peruntukkan Pembangunan Persekutuan Tahun 2022 Peringkat Pasir Puteh di Pejabat Pertanian Daerah, di sini, hari ini. 

Nik Muhammad Zawawi memberitahu, sejurus MTL tamat nelayan zon A bakal mendapat rezeki tahunan untuk menangkap udang menerusi kebenaran berlesen Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT).

Katanya, harga bahan mentah itu membolehkan nelayan pesisir pantai menjana pendapatan yang lebih berbanding musim biasa namun ia terhad sehingga bulan Februari sahaja.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN