Bas UPSI terbabas, 11 penuntut cedera

Bas UPSI terbabas, 11 penuntut cedera

KEADAAN bas membawa pelajar UPSI yang terbabas ke cerun bukit di Jalan Slim Lama dekat Kota Malim Prima di Tanjung Malim, Perak, petang ini. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Sebuah bas yang membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabas ke cerun bukit di Jalan Slim Lama dekat Kota Malim Prima, di sini petang ini.

Kejadian sekitar pukul 7 petang itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan menghantar pelajar pulang ke asrama.

Kemalangan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.Difahamkan, seramai 11 pelajar cedera manakala pemandu bas yang tersepit dikeluarkan pasukan bomba.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, maklumat awal diterima pada pukul 7.03 petang yang memberitahu terdapat sebuah bas terbabas sendiri.

“Siasatan awal mendapati terdapat kira-kira 60 penumpang terdiri daripada pelajar UPSI  yang mana 11 penumpang dan pemandu cedera ringan.

“Kesemua mereka dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN