Bapa temui ajal selepas tukar tayar kereta

Bapa temui ajal selepas tukar tayar kereta

KHAIDZIR Zainuddin maut di lokasi kejadian selepas terlibat kemalangan di Kilometer 179.3 PLUS arah Selatan berhampiran Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Malang tidak berbau buat dua beranak apabila dirempuh sebuah lori tunda sebaik sahaja selesai menukar tayar kereta mereka yang pancit dalam kejadian di Kilometer 179.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Jasin di sini hari ini.

Nahas yang berlaku kira-kira pukul 10.00 pagi tadi telah mengorbankan si bapa, Khaidzir Zainuddin, 59, di tempat kejadian manakala anak lelakinya, Muhammad Ashaf Khaidzir, 22, cedera pada bahagian tangan dan muka.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pengerang, Johor sebelum tayar kereta mangsa pancit ketika tiba di lokasi.

Jelasnya, semasa sedang berkemas apabila selesai menukar tayar, lori tunda yang berhenti di belakang kereta mangsa telah dilanggar oleh sebuah lagi lori jenis Hicom.

“Pelanggaran menyebabkan lori tunda terbabit melanggar kedua-dua mangsa yang berada di bonet kereta jenis Mercedes Benz, menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke tepi lebuh raya.

“Pemandu lori tunda sebelum itu berhenti untuk membantu mangsa, dia turut cedera pada bahagian muka manakala mayat si bapa dibawa ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

“Pemandu lori tunda dibawa ke Hospital Tangkak, Johor untuk rawatan lanjut yang mana dia bersama anak mangsa yang maut kini dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Mispani, pemandu lori Hicom yang melanggar lori tunda tersebut akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin esok bagi mendapatkan perintah reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Jelasnya, saringan air kencing dilakukan terhadap suspek bagaimanapun didapati negatif manakala sampel darah turut diambil bagi mengesan kandungan alkohol atau dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya