Arwah Azhari pesan berlakon kena ikhlas - Sara Ali

Arwah Azhari pesan berlakon kena ikhlas – Sara Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sara Ali,32, mengakui, pemergian pengarah, Allahyarham Azhari Zain, menyuntik rasa kehilangan kepada dirinya sebagai antara anak didik arwah dalam bidang lakonan.

Menurut Sara, meskipun tidak pernah mendapat pendidikan secara formal daripada arwah, Allahyarham Azhari banyak mencurahkan ilmu ketika mereka bekerjasama di lokasi penggambaran.

“Pemergiannya kelmarin membuatkan saya terasa kehilangan. Bukan hanya saya, malah ramai penggiat lain industri turut merasainya.

“Ramai yang bekerja dalam bidang ini adalah anak didiknya kerana arwah sangat baik. Pemergiannya mengejutkan kami.

“Ada satu pesanan arwah yang masih terngiang-ngiang sehingga sekarang. Arwah berkata, kalau nak berlakon, kena ikhlas,” katanya ketika ditemui pada sidang media Viu Upfront 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC), di sini.

Sara berkata, pesanan arwah itu membuatkan dia banyak berfikir, malah tertanya-tanya maksud di sebalik nasihat tersebut.

“Saya tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan ikhlas dalam lakonan? Adakah melalui rasa, perbuatan atau mungkin cara lontaran dialog? Ia membuatkan saya terfikir sampai sekarang.

“Saya akan kenang arwah sebagai pengarah yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu. Dia selalu dilihat sebagai figura seorang bapa buat kami anak didiknya,” katanya.

Sementara itu, Sara berkata, dia masih belum berpeluang melawat rakan seperjuangannya, Nad Zainal yang sedang menerima rawatan di hospital.

Kata pelakon filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa ini, dia terkejut apabila mendapat perkhabaran Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.

“Kami saling menghubungi jika tidak sibuk dengan kerja. Sudah lama saya tidak berjumpa Nad, walaupun pernah bekerjasama dalam beberapa naskhah.

“Sebagai kawan, saya risau keadaannya. Apa yang boleh kita semua lakukan adalah mendoakan Nad.

“Saya harap keluarga dan anak-anaknya juga kuat. Insya-Allah, saya akan cari peluang untuk melawatnya di hospital dalam masa terdekat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya