PETALING JAYA: “Doakan semoga segalanya dipermudahkan.”
Demikian reaksi Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran Facebook beliau setelah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
“Menjunjung titah Tuanku untuk ke Istana Negara pagi ini. Doakan semoga segalanya dipermudah,” katanya.
Terdahulu, beliau dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan menuju ke Istana Negara hari ini. – UTUSAN