Abdul Hadi dakwa DAP berterusan serang Pas

Abdul Hadi dakwa DAP berterusan serang Pas

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas mendakwa DAP bukan sahaja menyebarkan Islamofobia tetapi berterusan melemparkan pelbagai serangan fitnah dan memburukkan imej parti yang terteraskan Islam itu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, DAP kini diibarat ‘membaling batu di tengah khalayak pada siang hari yang terang’ apabila terus menyerang Pas setelah kejayaan mencapai jumlah kerusi tertinggi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berbanding parti lain.

“Pas (pernah) dilabelkan laksana Taliban yang berperang dengan Amerika Syarikat di Afghanistan, walhal Amerika Syarikat telah menceroboh negara itu dengan ganas dan bertindak melampau melalui media Barat terhadap Taliban yang dizalimi, namun keadaan yang sebenar ditutup oleh DAP.

“Hukum Islam Hudud dan Qisas terus menjadi modal mereka dengan penjelasan yang salah dan menyesatkan, semata-mata bagi memberikan suatu gambaran buruk terhadap Islam dan wajah Pas.

“Kalangan yang bercakap tentang Melayu Islam terus dilabelkan bersifat perkauman. Mereka juga menggunakan Melayu yang bodoh dan Melayu liberal yang ditolak oleh Islam menjadi jurucakapnya. Strategi ini digerakkan secara wayang kulit dengan DAP menjadi dalang di belakangnya” katanya dalam Facebook beliau.

Abdul Hadi turut mendakwa DAP sebagai sebuah parti melampau walaupun cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin Melayu Islam, namun ia sekali-kali tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan prinsip agama Islam.

Beliau menuduh DAP sebenarnya menyebarkan fahaman Islamofobia terhadap golongan Bumiputera bukan Islam walaupun pemimpin parti itu  pernah memohon maaf terhadap kesilapan lalu.

“Oleh itu, pada saat begini menunjukkan wajah DAP yang tersembunyi sebelum ini laksana hanya bertaubat saat terdesak. 

“Bangkai yang terlalu busuk itu tidak boleh ditutup oleh tangan DAP yang bergelumang dengan najis, walaupun mereka bertopengkan Melayu yang berwuduk dan disamaknya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.