7 termasuk gadis pelayan ditahan

Tujuh termasuk gadis pelayan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh orang termasuk gadis pelayan (GRO) ditahan dalam serbuan di pusat hiburan tanpa lesen yang terletak di Taman Usahawan Kepong, dekat sini semalam. 

Serbuan kira-kira pukul 11.15 malam itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lain berkata, kesemua suspek terdiri daripada enam warga asing dan seorang penjaga berusia antara 28 hingga 37 tahun. 

Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati premis tersebut  digunakan sebagai pusat hiburan dan menjalankan perniagaan tanpa lesen. 

“Dalam serbuan itu,  polis merampas peralatan-peralatan audio yang digunakan bagi tujuan hiburan dan sekeping resit perniagaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen perniagaan yang sah, Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggajikan warga asing tanpa permit yang sah dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen kerana kesalahan menyalahgunakan pas lawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang. 

Tindakan tegas berlandaskan undang-undang sedia ada diambil terhadap individu-individu yang melanggar undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-40482222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.