68 calon rebut 15 kerusi Parlimen Kedah

68 calon rebut 15 kerusi Parlimen Kedah

BN sedia pinda Perlembagaan hak warganegara anak di luar negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 68 calon daripada gabungan dan parti politik yang bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk bebas merebut 15 kerusi Parlimen di Kedah kali ini.

Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) masing-masing mencalonkan kesemua wakil mereka di 15 kerusi berkenaan, manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 13 kerusi, Warisan (lima kerusi); seorang daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan empat calon bebas.

Paling mencuri tumpuan adalah kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang Serai yang masing-masing menyaksikan pertembungan tujuh dan enam penjuru dengan dua calon bebas disahkan bertanding di Alor Setar.

Lapan kawasan Parlimen menyaksikan pertarungan empat penjuru antaranya Jerlun; Kubang Pasu; Padang Terap; Pokok Sena; Pendang; Jerai; Baling dan Kulim Bandar Baharu.

Parlimen Langkawi; Kuala Kedah; Merbok dan Sungai Petani pula membabitkan pertandingan lima penjuru sementara hanya Parlimen Sik yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan ahli politik yang paling senior akan bertanding apabila beliau mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi yang ditentang empat calon lain.

Anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga kekal mempertahankan Jerlun di bawah tiket Pejuang di samping Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Padang Terap yang masing-masing akan berdepan saingan empat penjuru.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar yang sudah beberapa penggal menang di Parlimen Pokok Sena pula akan ditentang Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahya mewakili PN dan dua calon lain.

Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail masing-masing akan kekal bertanding di kawasan mereka iaitu Kubang Pasu dan Kulim Bandar Baharu.

Dalam pada itu, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sekali lagi dipertaruhkan untuk merebut semula Parlimen Jerai selepas beliau tewas pada PRU14, manakala Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz di Jerlun.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (BN) antara tujuh calon wanita di Kedah bersama-sama tiga rakannya dalam gabungan itu iaitu Datuk Suraya Yaacob; Datuk Shahanim Mohamad Yusoff dan Maizatulakmam Othman selain Norazrina Surip (PH); Datuk Latifah Md. Yatim (PH); dan Noraini Md. Salleh (Warisan).

Antara calon lain yang menyandang jawatan dalam parti masing-masing ialah Datuk Hasmuni Hassan (Setiausaha Pemuda UMNO); Datuk Suhaimi Abdullah (Pengerusi Bersatu Kedah); Tan Chee Hiong (Naib Ketua Pemuda MCA) dan Ulya Aqamah Husamudin (Ketua Penerangan Pejuang).

Selain itu, Datuk Marzuki Yahya (Timbalan Presiden Pejuang); Datuk Fadzil Hanafi (Pengerusi Warisan Kedah); Nurul Amin Hamid (Ketua Pemuda Pas Kedah) dan Muaz Abdullah (Ketua Pemuda Amanah Kedah) turut bertanding pada PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.