410 anggota polis Putrajaya ditugas hari mengundi esok

410 anggota polis Putrajaya ditugas hari mengundi esok

A ASMADI Abdul Aziz (dua kiri) bersama Shamshul Joehari Zainal Mokhtar (kiri) ketika membuat tinjauan persiapan akhir pusat mengundi di SMK Presint 9 (2), Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 410 pegawai dan anggota ditugaskan bagi mengawal pergerakan dan keselamatan pengundi sempena hari pengundian di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, tugasan itu sudah bermula hari ini dimana anggota sudah diletakkan di Kompleks Kejiranan Presint 9, di sini.

Beliau berkata, kompleks itu menempatkan pusat operasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Putrajaya dan pusat penjumlahan undi bagi P125 Putrajaya.

“Saya ingin menasihatkan pengundi yang hadir ke pusat pengundian esok supaya mematuhi arahan ditetapkan.

“Jangan kelam kabut dan yang penting jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya ketika meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya menjangkakan trafik mengalami kesesakan dan tempat letak kereta mungkin terhad, justeru susun perjalanan kerana waktu mengundi bermula 8 pagi hingga 6 petang. 

Asmadi berkata, pihaknya tidak merancang untuk menutup mana-mana laluan kerana tidak mahu dijadikan isu, cuma mahu pengundi bertolak ansur antara satu sama lain.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Shamshul Joehari Zainal Mokhtar berkata, sebanyak 68 saluran mengundi disediakan di 11 buah sekolah dan setakat ini segala persiapan sudah berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Kami menjangkakan tempoh pengiraan selesai dalam tempoh dua jam,” katanya di samping menasihatkan pengundi supaya dapat datang awal dan mematuhi peraturan ditetapkan. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.