GEORGE TOWN: Seramai tiga penghuni asrama di Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang, Jalan Scotland di sini dilaporkan cedera selepas bumbung bangunan berkenaan runtuh malam ini
Kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu menyebabkan tiga mangsa itu mengalami kecederaan pada belakang badan dan kepala.
Ketiga-tiga mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba Jalan Perak, A’azelan Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pukul 9.42 malam tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
“Seramai 30 penghuni asrama berada di bangunan berkenaan semasa kejadian berlaku manakala tiga mangsa dilaporkan cedera,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Laporan lanjut berhubung kejadian berlaku akan menyusul dari semasa ke semasa. – UTUSAN