27 lagi MP BN masih belum menghadap Agong

28 lagi MP BN belum menghadap Agong

SEBAHAGIAN pengamal media berkumpul di hadapan pintu 2 Istana Negara bagi membuat liputan pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri Ke-10 semalam. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 28 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) setakat ini belum dilihat hadir di Istana Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setakat pukul 12.28 tengah hari ini, tidak dapat dipastikan sama ada mereka hadir atau tidak memandangkan BN sebelum ini memohon untuk menangguhkan sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, tiga pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dan wakil pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat meninggalkan Istana Negara selepas hampir 40 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, kesemua mereka tidak memberhentikan kenderaan dan memberikan sebarang kenyataan hasil daripada sesi berkenaan.

Mereka ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohammad Hasan serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Pemimpin BN yang memasuki Istana Negara pada pukul 10.45 pagi dilihat meninggal Istana Negara pada pukul 11.25 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN