fbpx

10 bookie Piala Dunia Qatar ditahan polis

peniaga lemas

JOHOR BAHRU: Polis menahan 10 individu yang disyaki sebagai ejen bookie melibatkan perjudian bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022 yang sedang berlangsung di Doha.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek ditahan dalam 10 serbuan Op Soga sejak 21 November lalu hingga semalam dan merupakan lelaki warga tempatan berusia antara 22 tahun hingga 43 tahun.

“Kesemua yang ditahan terlibat sebagai ejen bookie pertaruhan dengan nilai kredit mencecah RM1.059 juta. Antara lain yang dirampas adalah wang tunai berjumlah RM9,730, 10 unit telefon bimbit termasuk kad sim dan buku memo yang mempunyai catatan disyaki bagi pertaruhan sempena Piala Dunia Qatar 2022.

“Kejayaan operasi ini sebahagian besar  adalah hasil risikan dijalankan polis Johor dan aduan serta maklumat yang diterima daripada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, kesemua suspek dikenakan tahanan reman dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6(1), Seksyen 6(3) dan Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953.

“Op Soga dijalankan bermula 21 November lalu sehingga 19 Disember ini, bertujuan membanteras pertaruhan dan perjudian membabitkan Piala Dunia Qatar 2022,” katanya. – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN