Wanita mengaku tidak bersalah cederakan madu - Utusan Malaysia

Wanita mengaku tidak bersalah cederakan madu

SEORANG penternak kambing didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan mencederakan seorang wanita yang juga madunya di Felda Lui Timur, Jempol pada Sabtu lalu. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang penternak kambing yang juga isteri ketiga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan mencederakan seorang wanita yang juga madunya.

Tertuduh, Che Ruslyzay Shawaratuaini Che Ruslan, 36, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, pada 15 Oktober lalu kira-kira pukul 4.30 petang, di hadapan sebuah rumah di Felda Lui Timur, Jempol, tertuduh telah dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas mangsa yang merupakan isteri keempat, berusia 41 tahun dengan menggunakan parang.

Oleh itu tertuduh didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan akta yang sama dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Amirul dalam pendakwaannya memohon satu tarikh perbicaraan dan tidak menawarkan sebarang jaminan.

Menurutnya, tertuduh dan mangsa bermadu serta difahamkan tertuduh merupakan isteri ketiga dan mangsa, isteri keempat.

Che Ruslyzay Shawaratuaini dalam rayuan jaminannya memberitahu, dia hanya mempertahankan dirinya ketika kejadian.

Norma kemudiannya menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes denga wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Menurutnya, tertuduh juga dikenakan syarat tambahan untuk tidak mengganggu saksi atau mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya