UMNO, Pas elak caci-mencaci - PM

UMNO, Pas elak caci-mencaci – PM

ISMAIL SABRI Yaakob berucap melancarkan Jentera Barisan Nasional Bera di Dewan Konvensyen di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: UMNO dan Pas yang sebelum ini membentuk kerjasama di bawah gagasan Muafakat Nasional (MN) diminta mengelak daripada caci-mencaci dan tuduh-menuduh antara satu sama lain walaupun berbeza pandangan dalam politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai umat Islam, tidak sepatutnya ahli dan pimpinan dua parti orang Melayu itu menyerang sesama sendiri kerana hubungan yang ‘keruh’ mungkin kembali jernih pada masa akan datang. 

“Kita dalam politik, tidak selamanya menjadi musuh dan tidak selamanya menjadi kawan. Sepatutnya kita cuba elakkan daripada menyakitkan hati sesiapa dalam politik, mana tahu satu hari nanti kita hendak duduk bersama kembali demi kepentingan umat Islam dan Melayu di negara ini.

“Jadi, kalau kita sudah terlepas cakap tuduh yang bukan-bukan, akhirnya boleh menyebabkan atau menimbulkan sakit hati antara satu sama lain. Sebab itu saya mengelak mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera BN Bera di Dewan Konvensyen, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu tidak berhasrat bermusuh dengan Barisan Nasional (BN) selepas mengambil keputusan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebaliknya, Abdul Hadi berkata, Pas mendapati masih terdapat ‘kekeruhan’ yang membelenggu BN melibatkan beberapa perkara antaranya isu rasuah yang belum selesai. 

Presiden Pas itu juga mendakwa, kecuaian BN dalam melaksanakan perjuangan Islam ketika mentadbir negara menyebabkan Pas menangguhkan kerjasama dalam PRU15 ini. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya