Tiada padang, lorong kedai pun jadi

Tiada padang, lorong kedai pun jadi

MOHD RADI menunjukkan lokasi lorong-lorong bangunan kedai yang terpaksa dijadikan tempat aktiviti dan permainan selepas penduduk khususnya kanak-kanak tidak mempunyai lokasi yang sesuai.-
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Bagi se­sebuah taman perumahan, kemudahan padang permainan amat penting terutama bagi memenuhi keperluan psikologi khususnya kanak-kanak.

Namun di Rumah Rak­yat Kuala Lukut, Lukut di sini, kemudahan itu tidak dapat dinikmati penduduk di taman perumahan itu sehinggakan kanak-kanak terpaksa ber­main di kawasan lorong-lorong bangunan kedai yang terletak berhampiran.

Seorang wakil penduduk, Mohd. Radi Arbae, 38, berkata, dahulunya taman perumahan itu mempunyai sebuah padang futsal namun ia kini telah didirikan pula premis kedai makan tanpa persetujuan penduduk.

“Sejak itu, kami memang tiada kawasan untuk melakukan aktivi­ti riadah, kanak-kanak juga tiada tempat untuk bermain. Anak-anak kami terpaksa bermain di lorong-lorong kedai, keadaan ini tentunya mendatangkan kebimbangan kami terhadap keselamatan mereka.

“Penduduk ada meminta supaya sebuah padang sementara disediakan di atas tanah milik sebuah pemaju. Saya difahamkan pihak pemaju terbabit bersetuju dan pihak berwajib juga sudah mempunyai peruntukan, namun sehingga kini perkara tersebut tiada apa-apa perkembangan.

“Penduduk sudah ber­ulang kali mengadukan kepada kepemimpinan setempat, juga tiada apa-apa tindakan diambil,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam. Penduduk ju­ga berdepan satu lagi masalah apabila kekura­ngan kemudahan pusat tadika bagi menghantar anak-anak mereka untuk pendidikan prasekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN