Simpan di MBSB Bank, hadiah bernilai RM2.4j mungkin milik anda

Simpan di MBSB Bank, hadiah bernilai RM2.4j mungkin milik anda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIKIT-SIKIT lama-lama jadi bukit. Itu pepatah Melayu yang mengajak kita untuk mengamalkan budaya menabung untuk masa depan. Budaya ini perlu dipupuk sejak dari kecil ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anak-anak perlu dididik dengan budaya jimat cermat dengan menabung untuk masa depan mereka. Sama ada budaya ini dipupuk di sekolah melalui pelbagai program pendidikan atau ibu bapa di rumah boleh menjadi contoh kepada mereka dengan mengajar anak merancang tabungan.

Menabung boleh diibaratkan seperti sediakan payung sebelum hujan supaya hasil tabungan boleh digunakan ketika berada dalam saat genting atau memerlukan. Sama ada untuk tujuan pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Ia juga memupuk sifat tanggungjawab dan disiplin berkaitan dengan perancangan kewangan untuk setiap individu supaya mereka sentiasa berhati-hati dengan setiap wang dibelanjakan dan ada simpanan untuk waktu-waktu yang tidak dijangka.

Setiap yang baik pasti ada ganjaran. Begitu juga dengan tabiat menabung, apabila sampai masanya ia pasti akan memberikan pulangan yang bermakna.

Lebih-lebih lagi kalau anda menabung bersama dengan MBSB Bank. MBSB Bank menawarkan kempen akaun simpanan atau semasa (CASA-i) yang dinamakan ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0’ dengan hadiah-hadiah menarik apabila anda membuka Akaun Semasa atau Simpanan PrimeWin-i.

Walaupun MBSB Bank menawarkan salah satu pengalaman perbankan Islam terbaik di Malaysia dengan produk dan perkhidmatan perbankan dan kewangan patuh syariah mereka, namun kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, pemastautin tetap dan bukan pemastautin.

Pelanggan MBSB Bank baharu dan sedia ada yang berumur 18 tahun ke atas layak, manakala pemegang akaun bersama (individu) di bawah umur 18 tahun tertakluk kepada akaun yang dikendalikan oleh pemegang amanah (ibu bapa atau penjaga yang sah).

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membuka akaun baharu atau jika anda pelanggan sedia ada, depositkan RM100 ke dalam Akaun Simpanan-i PrimeWin manakala mendepositkan RM1,000 untuk pemegang Akaun Semasa-i PrimeWin dan anda berpeluang untuk menang hadiah wang tunai dan ganjaran bernilai RM2.4 juta.

Hadiah-hadiah pula terbahagi kepada cabutan bulanan, cabutan kes

etiaan atau ‘loyalty draw’, cabutan penyimpan baharu, cabutan digital, cabutan untuk penyimpan tertinggi kawasan, cabutan istimewa dan cabutan utama.

Untuk cabutan bulan MBSB Bank menawarkan 27 unit telefon pintar iPhone 13 untuk dimenangi.

Bagi cabutan kesetiaan, hadiah adalah wang tunai RM500 untuk 162 penyimpan bertuah. Begitu juga untuk cabutan penyimpan baharu hadiahnya adalah RM500 tunai untuk 162 orang.

Bagi cabutan digital hadiah dalam bentuk e-dompet sebanyak RM500 untuk 90 pemenang.

Sementara untuk 162 orang penyimpan terbanyak bagi setiap kawasan akan memenangi ketulan emas bernilai RM3,000.

Untuk cabutan istimewa ia ada empat kategori iaitu remaja di bawah umur 18 tahun dengan hadiah yang ditawarkan untuk tempat pertama adalah Xbox 360, Sony PS5. Tempat kedua pula basikal lipat dan ketiga wang tunai RM1,000.

Bagi kategori berumur 19-35 tahun hadiah utama adalah scooter NMAX untuk sembilan pemenang. Tempat kedua Asus gaming laptop dan ketiga GoPro 10 Black atau Insta 360 untuk sembilan pemenang.

Untuk cabutan wanita berumur 25-55 tahun hadiah pertama untuk sembilan pemenang adalah pakej melancong ke Eropah atau umrah, tempat keuda Thermomix dan ketiga nugget emas 10 gram.

Untuk kategori warga emas yang berumur 55 tahun ke atas pula hadiah tempat pertama juga untuk sembilan pemenang adalah pakej melancong ke Eropah atau umrah. Tempat kedua kerusi urut Gintel dan ketiga kad hadiah Petronas.

Kemuncak kepada ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0’ MBSB Bank ini adalah cabutan utama atau Grand Draw yang menawarkan tiga buah kereta Mercedez Benz iaitu Mercedes-Benz A 200, Mercedes-Benz C 200 dan Mercedes-Benz GLC 300e Coupe.

Kempen ini bermula pada 1 September 2022 dan akan berakhir pada 31 Mei 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.