Sering muat naik gambar bogel, anak malu tabiat Britney Spears

Sering muat naik gambar bogel, anak malu tabiat Britney Spears

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyanyi sensasi, Britney Spears terus menuai kontroversi apabila sekali lagi berkongsi gambar bogel di Instagram dan Twitter yang mengundang kecaman ramai.

Tindakan Spears, 40, yang sering memuat naik gambar tidak senonoh tersebut disifatkan sebagai melampaui batas dan perlu diambil tindakan.

“Berhenti sebarkan gambar bogel anda! Adakah anda terdesak dengan gambar bogel sebegini?,” tegur pemilik akaun Instagram Ginan1015.

“Kenapa anda sering berbogel di pantai? Adakah anda berada di kawasan tertutup atau sebenarnya tidak kisah dilihat tanpa seurat benang? Sungguh menghairankan,” tulis Amberly 1020.

“Tolong jangan malukan diri anda seperti ini,” tulis Welch_shelby.

Terdahulu, bekas suami penyanyi lagu Toxic itu, Kevin Federline menerusi satu wawancara, baru-baru ini memaklumkan tindakan Spears telah memalukan anak-anaknya, Sean Preston Federline dan Jayden James Federline.

Ujar Kevin, kedua-dua anaknya memilih untuk tidak bertemu Spears kerana malu dengan tabiat ibu mereka.

“Saya tidak dapat membayangkan bagaimana malunya anak-anak saya di sekolah apabila ibu mereka terus menerus memuat naik gambar ghairah di media sosial,” katanya.

Bagaimanapun, suami Spears, Sam Asghari menempelak komen yang dikeluarkan Federline menerusi satu hantaran di Instagram.

“Meskipun anak-anaknya tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat Spears, mereka bukan remaja pertama yang mempunyai perasaan seperti itu,” tulis Sam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya