Selangor berjaya kutipan hasil negeri RM2.05 bilion

Selangor berjaya kutipan hasil negeri RM2.05 bilion

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerajaan Selangor melepasi sasaran kutipan hasil negeri berjumlah RM2.05 bilion yang disasarkan pada tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sehingga semalam, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil sebanyak RM2.17 bilion.

“Ini adalah satu pencapaian yang baik dengan pengenalan pelbagai pemudah cara bagi pelbagai membayar hasil serta cukai kepada kerajaan negeri ini.

“Dengan kutipan yang dikecapi ketika ini, kita sasarkan untuk kutip hasil sebanyak RM2.2 bilion menjelang akhir tahun ini,” katanya selepas melancarkan perluasan sistem Smartbox ke seluruh PDT di Selangor di pejabat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, di sini, hari ini.

Menurutnya, pengenalan sistemSmartbox pada tahun lalu merancakkan lagi kutipan hasil negeri.

Malah kata Amirudin, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan minat mahu menggunakan sistem Smartbox.

“Kita akan patenkan sistem Smartbox kerana kita telah peruntukkan sejumlah wang bagi menjayakan sistem ini.

“Justeru mana-mana agensi daripada negeri lain yang mahu menggunakan sistem ini perlu membayar sejumlah wang kepada kerajaan Selangor,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN