PRU15: UMT tangguh majlis konvokesyen - Utusan Malaysia

PRU15: UMT tangguh majlis konvokesyen

UMT menangguhkan Majlis Konvokesyen Ke-20 pada 20 hingga 21 November depan berikutan tarikh PRU15 ditetapkan pada 19 November depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menangguhkan Majlis Konvokesyen Ke-20 yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 21 November ini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

UMT dalam satu kenyataan memaklumkan, penangguhan itu berikutan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada 19 November.

“Ini bertujuan memberi ruang kepada pihak yang terlibat melaksanakan tanggungjawab dalam mendukung demokrasi negara,” menurut kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, ia adalah di luar kawalan pihak pengurusan UMT dan  memohon maaf di atas perkara tersebut.

“Sila rujuk laman web Konvokesyen UMT untuk maklumat lanjut,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU15. Tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN