Proses penilaian fizikal LCA selesai

Proses penilaian fizikal LCA selesai

Anggota keluarga para perajurit yang hadir dalam majlis penghantaran kumpulan pertama Batalion Malaysia 850-10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan di Subang, semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Proses penilaian dan urusan tender dalam perolehan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) sudah berjaya diselesaikan dan sedang menunggu keputusan lanjut daripada Kementerian Kewangan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pembelian aset tersebut merupakan janji beliau kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi melengkapkan aset pasukan itu.

“Memang kita perlukan FLIT/LCA dan saya percaya ia tidak akan menimbulkan masalah langsung kerana yang tentukan apa-apa aset diperlukan adalah end user itu sendiri.

“Insya-Allah dalam masa terdekat ini kalau kita dapat keputusan daripada Kementerian Kewangan, kita akan akan teruskan apa perlu dibuat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyerahan bendera Malaysia dan penghantaran kumpulan pertama Batalion Malaysia 850-10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan bawah misi Pasukan Interim PBB di Lebanon (UNIFIL), semalam.

Sebelum ini, sejumlah lapan syarikat antarabangsa dilapor­kan membida tender pembekalan 36 jet LCA TUDM selepas tender terbuka dilancarkan sejak 22 Jun lalu sehingga 22 September.

Perolehan itu bakal menggantikan lima jet LCA dua kerusi model BAE System Hawk Mk 108 dan 13 buah model Mk 208 kerusi tunggal buatan Britain yang digunakan lebih sedekad lalu.

Sementara itu, Hishammuddin turut menggesa tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada kementerian sehingga merencatkan proses perolehan aset-aset pertahanan.

“Kalau nak cari salah, macam-macam lebih-lebih lagi nak dekat pilihan raya. Percayalah semua aset kita akan dipertikaikan, semua proses dipertikaikan.

“Tetapi ingat setiap kali mereka lemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang menjadi mangsa adalah end user, angkatan tentera kita me­nerima kesan sebab lambat dapat aset,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN