Polis tahan lapan remaja bantu siasat kes rogol - Utusan Malaysia

Polis tahan lapan remaja bantu siasat kes rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Polis menahan lapan remaja lelaki bagi membantu siasatan berkait kes rogol seorang gadis berusia 14 tahun di Tawang, di sini.

Kesemua suspek berusia antara 14 hingga 18 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan berkait kes berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaludin berkata, bertindak atas maklumat pihaknya telah membuat serbuan dan menangkap kesemua saspek yang terlibat bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

“Permohonan reman ke atas kesemua suspek akan di buat esok di Mahkamah Majistret Bachok,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya