Polis bantuan maut, kereta bertembung bas

Polis bantuan maut, kereta bertembung bas

KEADAAN kenderaan yang terlibat kemalangan meragut nyawa seorang anggota polis bantuan di Kilometer 33 Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan hari ini. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG : Seorang polis bantuan maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres semasa memotong beberapa buah kenderaan di Kilometer 33 Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.

Nahas pada pukul 1 pagi itu mengorbankan Mohammad Hafizul Shazali, 20, yang memandu kereta jenis Proton Persona selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat tersepit di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang berasal dari Felda Chiku 2, di sini sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai memotong beberapa buah kenderaan, namun hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres yang datang dari arah bertentangan.  

“Insiden itu menyebabkan kereta dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan arah ke Kuala Krai sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu bas yang sedang dalam perjalanan dari Rantau Panjang menghala ke Nilai, Negeri Sembilan itu berusia 43 tahun dan 31 orang penumpang lain tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya