PM beri jaminan RM95 bilion peruntukan dalam bajet

PM beri jaminan RM95 bilion peruntukan dalam bajet akan beri faedah kepada kontraktor kecil

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama kontraktor bumiputera selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kali Ke-43 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kontraktor tempatan berkelayakan khususnya Melayu Bumiputera mendapat peluang sebaiknya di bawah peruntukan RM95 bilion dalam Bajet 2023 untuk membangunkan projek pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, pembangkang mungkin lupa kerajaan bukan sahaja telah meluluskan projek mega namun pembinaan sambungan seperti Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak.

“Struktur jalan di dua negeri itu perlu dibangunkan dengan cara moden, ini tanggungjawab kerajaan. Projek ECRL juga telah menyediakan puluhan ribu pekerjaan yang mendapat faedah adalah rakyat dan kontraktor kecil kerana ia termasuk untuk peruntukan luar bandar.

“Dari RM95 bilion itu, difahamkan RM3 bilion untuk pembangunan luar bandar. Bukan projek besar sahaja namun projek kecil seperti pembinaan jalan luar bandar, pembangunan untuk elektrik, air luar bandar dan sebagainya.

“Tohmahan pembangkang tidak benar kerana RM95 bilion beri faedah kontraktor-kontraktor kecil dari G1 hingga G4,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kontraktor Melayu Malaysia Kali Ke-43 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan hari ini perlu kembali mentadbir negara selepas PRU15 bagi memastikan Bajet 2023 dibentangkan kembali dan diluluskan.

Katanya, bajet yang memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat itu perlu diteruskan selepas pilihan raya supaya ia dapat dilaksanakan.

“Deraf pembentangan Bajet ini dirangka oleh saya dan Menteri Kewangan, ini (kemudian) come up bajet, bukan orang lain.

“Namun kesemua ini akan hanya dinikmati sekiranya Bajet 2023 ini dibentangkan kembali dan diluluskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15. Maknanya kerajaan hari ini perlu dipilih kembali untuk menerajui negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.