PH sedia ambil alih kerajaan Perak

PH sedia ambil alih kerajaan Perak

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Pakatan Harapan (PH) sedia mengambil alih kerajaan negeri Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, jentera parti akan melakukan yang terbaik untuk menawan semula negeri itu melalui kemenangan di beberapa kerusi yang disasarkan.

“Insya-Allah, kita ada kerusi-kerusi penting di sini. PKR akan bertanding balik di Parlimen Tapah (termasuk) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dan Chenderiang.

“Kita kena buat yang terbaik supaya menang kali ini. Kalau pun tidak menang, tidak mengapa tetapi pastikan ada perubahan dan lonjakan yang cukup baik. 

“Kita tunggu masa kerusi-kerusi macam Tapah, Ayer Kuning, Chenderiang dan Perak secara keseluruhannya untuk diambil alih kerajaan PH,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Ayuh Malaysia Parlimen Tapah di Tapak Expo Bukit Baldwin di sini semalam.

Pada PRU-14, PH menang 29 daripada 59 kerusi DUN Perak dan mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi DUN.

Mandat itu diperoleh setelah dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) memilih menyertai PH.

Menurut Rafizi, pihaknya bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa meskipun tidak bersetuju ia diadakan pada musim banjir.

“Kita elakkan PRU-15 semasa banjir kerana mahu beri tumpuan kepada bencana itu. Bagaimanapun, kalau panggil (diadakan) masa banjir, kita akan masuk bersedia. 

“Bersedia pertahankan hak rakyat untuk melantik kerajaan yang baik, bersedia juga untuk bantu mereka yang terkesan dengan banjir,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN