MARRAKESH: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah berkongsi pengalaman Malaysia dalam mengurus jaringan keselamatan sosial pada Forum Keselamatan Sosial Dunia (World Social Security Forum, WSSF) 2022 yang berlangsung di Maghribi pada 23 hingga 28 Oktober 2022 lalu.
WSSF 2022 yang turut mengadakan Perhimpunan Agung ISSA ke-34 dan Persidangan Majlis ISSA ke-39, dianjurkan oleh agensi keselamatan sosial Maghsribi, CDG Prévoyance.
WSSF 2022 ini yang dianjurkan selepas dunia dilanda Pandemik COVID-19 bertemakan ‘Social security for resilient and inclusive societies’.
Dalam Forum tersebut, Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed telah berkongsi pengalaman pengoperasian dan pengurusan keselamatan sosial PERKESO yang menggabungkan elemen digital serta kemahiran manusia menerusi Program Social Synergy dan Perkhidmatan Pekerjaan Negara, MYFutureJobs dalam sesi plenari “Social security management in the human-digital age”. – UTUSAN










