Pengurus kanan syarikat ditahan terima rasuah RM72,000 - Utusan Malaysia

Pengurus kanan syarikat ditahan terima rasuah RM72,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengurus kanan syarikat pembinaan dan penyelenggaraan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM72,000 bagi membantu proses pinjaman daripada sebuah agensi kerajaan berjumlah RM5 juta.

Suspek lelaki berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, suspek tersebut dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang pengarah urusan sebuah syarikat lain untuk membantu proses kelulusan permohonan pinjaman syarikat berkenaan.

“Syarikat pembinaan dan penyelenggaraan tempat suspek berkhidmat itu merupakan anak syarikat agensi kerajaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai keterangan diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN