Pengiktirafan, ilmu untuk diberi semula

Pengiktirafan, ilmu untuk diberi semula

DR. AZIZAN Osman menerima jambangan bunga daripada usahawan yang hadir memberi sokongan selepas beliau menerima PhD Pentadbiran Perniagaan dari AeU di WTCKL, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menyifatkan ilmu dan kepakaran dimilikinya adalah untuk dikongsikan dengan orang ramai terutama usahawan serta organisasi supaya mereka terus maju serta berdaya saing.

Beliau yang menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan dari Asia E Universiti (AeU) berkata, matlamatnya adalah untuk mempersiap diri agar terus dapat memberi nilai dan panduan berkesan kepada usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam serta luar negara.

“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” katanya selepas menerima ijazah kedoktoran itu sempena konvokesyen AeU di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini semalam.

Dr. Azizan yang bersyukur dengan pengiktirafan itu berkata, banyak rancangan mengembangkan dan membantu usahawan-usahawan kecil di Malaysia dan beliau berharap dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan kerajaan bagi membantu usahawan-usahawan khususnya di luar bandar.

“Ada banyak perkara yang kerajaan lakukan yang saya rasa kita boleh bekerjasama untuk sokong. Contohnya usahawan desa di luar bandar, kita ada training understanding expertise, yang saya rasa kita boleh bantu ramai mereka di luar sana jika boleh bekerjasama dengan lebih baik bersama kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, walaupun mempunyai jadual padat, Dr. Azizan yang merupakan
mentor usahawan syarikat itu sentiasa mencari jalan mempersiap diri untuk ke hadapan dalam memikul tanggungjawab lebih besar dan berat.

Katanya, Dr. Azizan adalah suri teladan kepada warga syarikat dan semua anak didik bimbingannya kerana tidak pernah berhenti mencari ilmu-ilmu baharu walaupun sudah terbukti kepakarannya membimbing usahawan.

“Dr. Azizan bukan pergi belajar semata-mata, malah mengolah dan melakukan pelbagai tindakan dan cara bagi membuktikan keberhasilan perkara yang dipelajari.

“Bayangkan meskipun ketika musim sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini, beliau sanggup meninggalkan tanah air untuk menuntut ilmu.

“Dr. Azizan tidak hanya sekadar bercakap, tetapi melakukan apa yang disebutnya kepada ramai usahawan-usahawan di luar sana,” katanya.

Menurutnya, selain membimbing secara dekat sekitar 300 usahawan jutawan di RichWorks, Dr. Azizan kini mempunyai tanggungjawab besar apabila dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.