Pengarah syarikat produksi dakwa pekerja ‘curi’ dokumen sulit 

Pengarah syarikat produksi dakwa pekerja ‘curi’ dokumen sulit 

DR. MAZLAN Goh Ahmad Goh dalam sidang akhbar mengenai komputer riba mengandungi dokumen sulit milik syarikatnya dilarikan bekas pekerja warga China sejak tahun 2020. - FOTO/SHIDDIQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengarah produksi bimbang selepas komputer riba mengandungi dokumen sulit milik syarikatnya dilarikan bekas pekerja warga China sejak tahun 2020. 

Malah, bekas pekerja berusia 29 tahun itu didakwa turut menggugut dan menghantar mesej berunsur fitnah kepada pekerja, pelanggan dan rakan kongsi pengarah tersebut. 

Pemilik dan pengarah produksi, Dr. Mazlan Goh Ahmad Goh, 54, mendakwa wanita terbabit dikenali sebagai ‘Yuan Wei’ dipercayai telah melarikan komputer riba milik syarikat dianggarkan bernilai RM11,999.

Dakwanya, wanita yang telah meletak jawatan sejak Oktober 2020 itu diberi kuasa mengakses sumber bahan dan dokumen perniagaan sulit melibatkan hak cipta milik syarikatnya bernilai RM100,000.

“Dia (Yuan Wei) turut menghantar mesej bersifat fitnah kepada rakan kongsi dan pelanggan saya sehingga boleh mengancam reputasi dan mencemarkan nama baik syarikat,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya di sini hari ini.

Susulan itu, Mazlan telah membuat empat laporan polis di Balai Polis Sea Park pada 14 Disember 2020 dan 26 September lalu. 

Dalam pada itu, Mazlan mendakwa wanita terbabit turut memintanya membayar sejumlah wang kira-kira RM580,000 jika mahu tidak difitnah lagi.

Malah, wanita warga China terbabit didakwa turut bersubahat dengan seorang lagi wanita rakan senegara dalam kegiatan tersebut. 

“Jadi saya minta polis untuk lakukan siasatan terhadap kes fitnah dan kehilangan komputer riba mengandungi dokumen-dokumen penting itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN