Penagih dadah curi pencuci muka, sabun mandi ditahan

Penagih dadah curi pencuci muka, sabun mandi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang penagih dadah selepas mencuri pencuci muka dan sabun mandi dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Jalan Tasik Tambahan di sini, Khamis lalu.

Kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu disedari seorang lelaki yang merupakan pengurus kedai serbaneka tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek diberkas adalah seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun.

Kata beliau, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek suspek memasukkan barang dalam beg silangnya sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis.

“Suspek yang diberkas mempunyai dua rekod jenayah dan tujuh rekod dadah. Ujian air kencing suspek didapati positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau,  barangan melibatkan pencuci muka dan sabun mandi bernilai dirampas daripada suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek kini direman empat hari bagi siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya