Pembangkang perlu lupa permusuhan demi kemenangan PRU15

Pembangkang perlu lupa permusuhan demi kemenangan PRU15

halal
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangkang diminta melupakan permusuhan bagi mengelak perpecahan dan kekalahan dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika parti pembangkang berpecah, mereka akan kalah dalam pilihan raya berkenaan.

“Jadi, kita kena fikir sama ada mahu lupakan permusuhan antara kita seperti dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Pada masa itu Bersatu dan DAP tak setuju (bergabung). Untuk kalahkan orang lebih buruk kita kerjasama,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan dan Pameran Kanan bertajuk Melalui Pandemik: Memperkasa Warga Emas Untuk Tahun Terbaik Mereka, di Menara Kuala Lumpur.

Sebelum ini,  Pakatan Harapan (PH) menolak kerjasama pembangkang di bawah idea khemah besar termasuk Gerakan Tanah Air dan Perikatan Nasional.

Malah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, parti itu telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PH dalam menghadapi PRU15.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, beliau terbuka untuk berdepan dengan mana-mana calon dalam PRU15 di kerusi Langkawi.

Katanya, ia termasuk sekiranya bakal berdepan dengan bekas setiausaha politik presiden PKR Anwar Ibrahim, Datuk Ezam Mohd Nor, yang dijangka bertanding di kawasan Parlimen disandangnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya