Padi rosak lama terendam air

Padi rosak lama terendam air

AZMI Alias menunjukkan tanaman padi yang rosak ketika musim menuai ketika ditemui di Kampung Londah, Gemas, Tampin semalam. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Pesawah di Kampung Londah, Gemas, di sini, kecewa apabila tanaman padi yang diusahakan mereka sejak Jun lalu kini rosak selepas terendam dengan air dalam tempoh lama ekoran hujan berterusan sejak seminggu lalu.

Seorang daripada mereka, Azmi Alias, 48, berkata, dia sememangnya menunggu hasil padi seluas 2.1 hektar (ha) yang diusahakannya selepas menyewa tanah sawah tersebut daripada penduduk.

Menurutnya, hasil padi pada musim kali ini sangat baik dan dijangka bagi satu ekar sawah berkenaan boleh mengeluarkan hasil lebih tiga tan.

“Saya memang mewarisi pekerjaan ini dari ibu bapa saya yang menyewa tanah penduduk bagi mengusahakan tanaman padi. Saya tiada tanah sendiri dan selama ini mengambil upah kerja-kerja kampung.

“Apabila lihat lebih separuh daripada tanaman padi rosak disebabkan terendam air terlalu lama, saya kecewa. Saya berharap agar pihak bertanggungjawab dapat memahami masalah kami dan berusaha memastikan sistem saliran air di kawasan ini dapat sentiasa berfungsi dengan baik bagi mengelak padi terendam.

“Padi yang terendam akan menjadi busuk, masam dan kalau berbuah kembali, padinya hancur. Bagi tanah sawah ini saya sewa dengan bayaran RM450 bagi satu musim dan sepatutnya saya boleh mendapat pendapatan sekitar RM4,000 bagi satu ekar, namun, kini hampa,” katanya ketika ditemui di Kampung Londah, di sini, semalam.

Bagi seorang lagi penduduk, Sarifudin Razali, 63, dia sedih dengan nasib yang menimpa rakan-rakan pesawahnya yang majoritinya memang menunggu hasil padi setelah tidak mengusahakanya hampir dua tahun disebabkan oleh kerja-kerja menaik taraf saliran Menurutnya lagi, kebanyakan penduduk juga masih mahu mengekalkan tradisi serta keistimewaan kawasan berkenaan yang masih mempunyai sawah padi serta sanggup mengusahakannya dengan menyewa jentera dari Kuala Selangor serta bayaran mengikut ekar.

“Di kampung ini terdapat 65 penduduk mengusahakan sawah padi dengan keluasan 65 ha. Kami tidak sewakan kepada syarikat swasta.

“Kami harap sangat agar pihak berkenaan dapat melihat masalah ini dengan lebih teliti, “ ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.