Nelayan jumpa mayat nelayan lain yang lemas

Nelayan jumpa mayat nelayan lain yang lemas

ANGGOTA Bomba membawa naik mayat mangsa yang dijumpai pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASAJAYA: Mayat seorang nelayan yang hilang Rabu lalu di kawasan laut berhampiran Kampung Samera, di sini telah djumpai oleh seorang nelayan lain pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat berkenaan dijumpai oleh seorang nelayan terapung di laut peraian Sampun kira-kira jam 6.35 pagi ini.

Mangsa ialah seorang lelaki dikenali sebagai Faddrul Razie Zaini berusia 30 tahun dan berasal dari Kampung Samera, Asajaya.

Mayatnya telah dibawa naik ke tempat selamat oleh nelayan yang menjumpainya dan seterusnya di bawa ke PKB Pintu Air Kampung Semera.

Setelah ahli keluarga mangsa membuat pengecaman, mayat berkenaan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Pada Rabu lalu, mangsa bersama lima rakannya telah turun ke laut tetapi dayung yang digunanya tiba-tiba patah menyebab dia terjatuh ke laut.

Insiden itu terjadi sekitar jam 5 pagi Rabu lalu di Kampung Semera, Asajaya dan bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 6.29 pagi hari yang sama.

Maklumat yang diterima oleh pihak Bomba menyatakan sekumpulan nelayan seramai enam orang telah ke laut bagi tujuan menangkap hasil laut dengan menggunakan sebuah perahu dan bertolak pada jam lebih kurang 5 pagi pada Rabu lalu.

“Dayung yang digunakan oleh mangsa untuk mendayung perahu berkenaan telah patah menyebabkan mangsa turut terjatuh ke laut.

“Rakan-rakannya berusaha untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal.

“Bimbang akan keselamatan mangsa yang hilang dihanyut air laut, rakan mangsa seterusnya memaklumkan kepada pihak Bomba untuk mendapatkan bantuan khidmat khas bagi mencari mangsa yang hilang,” kata jurucakap Bomba.

Menurut jurucakap itu, keadaan cuaca baik semasa kejadian dan jarak lokasi kejadian dengan pantai adalah anggaran dua batu nautika.

Usaha mencari mangsa dilakukan dengan bantuan nelayan tempatan serta penduduk kampung dan ahli keluarga mangsa sejak Rabu tetapi gagal menemui mangsa.

Turut terlibat dalam operasi mencari mangsa ialah pasukan PDRM, APM dengan bantuan bot Bomba dan empat bot nelayan tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya