Nafas yakin insentif dalam Bajet 2023 dapat bantu petani, pesawah - Utusan Malaysia

Nafas yakin insentif dalam Bajet 2023 dapat bantu petani, pesawah

bajet 2023
Zamri Yaakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yakin subsidi dan insentif kepada warga peladang yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2023 dapat membantu para petani, pesawah dan nelayan mendepani cabaran ekonomi tahun hadapan.

Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berkata, bajet yang diumumkan itu merupakan apa yang diharapkan Nafas untuk membantu warga Peladang.

Katanya, semasa Mesyuarat Agung Tahunan Nafas yang lalu, ia telah menyuarakan hasrat kepada kerajaan melalui Perdana Menteri supaya mewujudkan semula bantuan bulanan sebanyak 200 sebulan kepada pesawah dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

“Justeru apa yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 itu sekaligus merealisasikan permintaan kami dan memahami keperluan pesawah.

“Susulan pengumuman itu, Nafas selaku badan yang memayungi hampir satu juta ahli Peladang menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang akan disalurkan kepada Keluarga Peladang,” katanya dalam kenyataan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 mengumumkan usaha kerajaan memastikan kebajikan dan sokongan yang
berterusan kepada para pesawah, nelayan dan pekebun kecil.

Untuk itu bagi tahun hadapan Kerajaan akan menyediakan pelbagai subsidi dan insentif merangkumi subsidi harga padi, baja padi, benih padi sah, baja padi huma daninsentif pengeluaran padi serta insentif tangkapan hasil nelayan.

Bantuan kepada pesawah padi diperkenalkan semula untuk tahun 2023 dengan memberi bantuan sebanyak 200 ringgit sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.