Muhammad Faiz dinamakan sebagai calon PH di Tampin - Utusan Malaysia

Muhammad Faiz dinamakan sebagai calon PH di Tampin

FAIZ FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang,  Muhammad Faiz Fadzil disahkan sebagai nama yang dicalonkan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Tampin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd. Rahman memberitahu, Parlimen Tampin merupakan salah satu daripada tiga Parlimen yang akan ditandingi parti itu selain Jempol dan Jelebu.

Jelas beliau, bagi Parlimen Jempol, parti itu menamakan Naib Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk  Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon dan Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) Negeri Sembilan, Norwani Ahmat di Jempol.

“Mesyuarat Amanah Nasional semalam sudah menamakan ketiga-tiga nama tersebut. Ia akan diumumkan secara rasmi kelak menjelang hari penamaan calon PRU15.

“Nama-nama ini dicalonkan beberapa peringkat, termasuk daripada sayap Pemuda Amanah dan Awan, ia dinilai oleh panel pemilih sebelum ia dinamakan semalam,” katanya hari ini.

Muhammad Faiz merupakan anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Hari ini tular menerusi aplikasi WhatsApp kenyataan ucapan tahniah dari Pengerusi Amanah Kawasan Jempol, Rahman Ramli berhubung calon PRU15 dari Amanah di tiga buah Parlimen di Negeri Sembilan.

Sementara itu, MK Ibrahim berkata, dengan Muhammad Faiz dinamakan sebagai calon di Tampin, menyaksikan penyandang kerusi tersebut sebelum ini iaitu Datuk Dr. Hasan Baharom tidak akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Hasan mencipta kejutan menewaskan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang ketika itu penyandang kerusi berkenaan untuk empat penggal dengan perbezaan 1,002 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.